Tahniah Anak Umi

Orang selalu complain Ellysha ini anak yang nakal. Anak tak duduk diam. Hati ibu mana yang tidak sakit bila anak kita kena complain begitu. Sakitkan?

Saya pun bawa Ellysha jumpa doktor. Mau tau dia ni betulkan ada Attention Deficit Hyperactive Disorder(AHDH). sebab lain saya bawa dia p jumpa doktor juga kerana dia tidak mahu di ajar dan selalu sakiti adik dia.

Keputusan dari pemantauan doktor. Ellysha kanak-kanak normal. Dia aktif dan bukanlah hyperactive. Alhamdulillah. Kes dia sakiti adik dia, itu mungkin cara dia berkawan.

So doktor suggest dengan saya, bagi dia masuk sekolah.

Tahun ini dia sekolah, ada kerisauan jugalah. Takut-takut dia sakiti kawan lain di sekolah. Bila ada ibu bapa mengadu anak di kacau oleh kawan lain. Hati berdebar dengan laju. Anak aku yang kacau kah. Adui. Takut bah.

Antara perkara betul-betul buat saya terkejut bila cikgu cakap “Ellysha ni diam saja dalam kelas kak. Kalau ada kerja dia buat. Kalau tiada dia diam”. Dalam hati cakap “anak aku diam? Macam tidak percaya. Haha”

Tapi bila nampak dalam gambar yang cikgu bagi. Ya! Dia baik-baik saja. Dia ok. Dia baik. Dia diam. Dia buat kerja. Alhamdulillah!

Seriously! I don’t expect pun dia sebaik ini dalam pelajaran. Sebab di rumah dia memang akan main saja. Tak belajar pun gais! Heheh.

Alhamdulillah! Dia mampu saingi diri sendiri. Semester kedua lebih baik dari semester pertama.

Tahniah anak. Tahniah cikgu Ros Manja, Nur Zahara Clarissa, Azlineza Natasya Lakim

Setinggi-tinggi terima kasih pada seluruh warga Pasti An-najah Tkm. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari memori Ellysha.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s