Squat for Better Butt

Bila aku cakap aku squat 100x sehari. Mungkin ada yang rasa tidak percayakan. Aku pun kurang percaya aku berjaya lakukan. Alhamdulillah. Masuk hari ini hari ke-4 sudah buat rutin ini. Hahaha. Baru 4 hari pun mau heboh. Maluuu.

Ohya. Akukan squat 100x sehari. Aku pun sangsilah juga, kenapa aku mampu buat. Hahaha. Jadi aku pun tengoklah rutin squat yang betul dalam Youtube. Ahhh. Betul bah posisi ku. Hehe. Yay! Satu kemenangan bilang Yayang.

Squat ini antara rutin paling susah dia bilang kajian orang. Tapi, aku rasa senang pula sebab sambil tengok kdrama pun boleh buat.

Ada 10 kebaikan squat yang buat aku semangat mau buat.

1. Bina otot

– Buat squat ini boleh meningkatkan pengeluaran hormon Anabolik. Hormon Anabolik ini penting untuk petumbuhan hormon baru.

2. Kesimbangan kaki

– Squat ini satu rutin yang sangat komplex di bahagian sendi pinggul dan lutut kita. Tapi squat boleh menguatjan dan meningkatkan keseimbangan kaki.

3. Membakar lemak

– Konsisten squat setiap hari boleh membakar sekitar 500 kalori bila kita tingkatkan jumlah squat. Yay! Minggu ini saya akan buat 200 squat setiap hari.

4. Jimat

– Squat senaman paling jimat. Ko boleh buat masa tunggu masakan di dapur. Boleh buat waktu dalam bilik air. Boleh buat waktu tengok tv. Saya selalu buat waktu tengok kdrama jam 9pm. Hehehe. Tida perlu ke gym untuk squat.

5. Relaxed back

– Squat membantu untuk kita kuatkan otot belakang. Bestkan? Ngam sangat untuk mama-mama.

6. Betulkan postur badan

– Perempuan berpotensi besar untuk bongkok. Squat ini membantu kita untuk betulkan postur badan kita. Tapi mestilah kena buat secara konsisten. Bila postur badan bagus, kita pun nampak lebih berkarisma dan cantik.

7. Perut sihat

– Bila kita buat squats kita akan meningkatkan aliran cecair di dalam badan dan ini akan membantu untuk yang ada masalah sembelit.

8. Pemadam selulit

– Dulu saya pernah nampak kawan yang ada selulit. Masa tu saya fikir dia sudah ada anak. Sebab setahu saya orang sudah pernah beranak saja ada selulit. Hehehe.

– Selulit ni memang sangat degil juga. Tapi kalau buat squat, peredaran oksigen dalam darah jadi baik dan kulit bakal cantik tanpa selulit.

9. Kaki yang cantik

– Dia bilang tu Youtuber “tiada yang lebih baik untuk kaki cantik selain rutin squat”. Kalau mau kaki fit dan cantik buatlah squat. Heheh.

10. Punggung melentik

– Squat adalah kunci punggung firming dan merecikkkk!

Sampai 10 sebab ini ada yang rasa terbakar? Haha. Saya lama sudah terbakar, atas sebab mau nombor 9 dan 10. Tapi tidak sangka juga nombor yang lain pun dapat.

Ohya, sejak buat squat ini tidur pun senang. Adakah mau challenge squat ini?

Aku challenge diri sendiri 200x sehari sepanjang minggu ini. Hahaha. Cayokk!

#BetterButt

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s