Jarak umur anak

Berapa jarak umur anak korang?

umi?anak umi tak sampai dua tahun pun. anak kedua lahir masa anak pertama umur setahun tujuh bulan. amboi subur.

anak adalah rezeki. Alhamdulillah. anak kedua dah 1 tahun 2 bulan sekarang. orangnya penyayang dan sangat bijak. bab bijak tu orang sekeliling yang cakap bukan umi😂

Kedua anak umi bukanlah di rancang😂, tapi rezeki Allah dah bagi. kita hanya merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah. 

pregnant anak pertama kira bunting pelamin. masa tu memang tak merancang lagi nak baby sebab umi bekerja di site. dan projek company masa tu melibatkan kimia. takut juga. tapi syukur di kandungan ke 2 bulan, umi di tukarkan ke site yang baru nak didirikan. penat!!

pregnant anak pertama, walau tak di rancang tapi kami husband and wife still excited and happy. seawal 4 bulan barang baby dah beli. punya eksited!!

mungkin sebab terlalu penat dan selalu makan makanan yang tidak berkhasiat. banyak komplikasi di akhir kehamilan. saya cuti tanpa gaji di minggu ke 35 kehamilan [tak ingat]. Alhamdulillah anak lahir cukup sifat walaupun banyak komplikasi. 

pregnant anak kedua pula. pun tidak di rancang😂. masa tu masih kerja tempat yang sama. dan akhirnya umi RESIGN!! tak nak kerja lagi. sebab kesian Ellysha.

Start bulan 11 umi tak period. ingatkan perkara biasa. sebab umi cek juga tapi still -ve. umi siap scan lagi but still -ve. tapi pada awal bulan feb, umi dah rasa lemas dan loya. I feel u baby. hihihi. cek upt. Alhamdulillah. pregnant. tak dirancang juga tapi kami laki bini tetap excited.

2nd baby, umi tidak alami komplikasi macam 1st baby. 2nd baby umi dah ada ilmu mengenai kesihatan semasa hamil. Alhamdulillah, ilmu itu sangat membantu. yang penting berat badan umi tidak cecah 100 kg kerana pengambilan ESP yang konsisten.

Walaupun ada yg happy dan ada yg cakap umi tak sayang anak sebab awal sangat bagi adik. tampar mulut kang. ” please dont talk like this. jangan pertikaikan rezeki Allah”

Alhamdulillah, bergaduh dan berebut mainan itukan perkara biasa bagi siblings. umi pun tak lahir rapat dengan sister tapi still bergaduh. 

penat memang penat. bersalin tak penat. tapi bab jaga tu penat. hahaha. but still Alhamdulillah. sebab masih bertenaga. lagipun Ellysha adalah kakak dan anak terbaik. seawal 1 tahun lebih dia dah boleh ikut arahan. apa lagi sekarang dah 2 tahun. mandi dan pakai baju sendiri. umi bangga sama yayang.

Alhamdulillah. Thank You Allah for this valuable gift. 

manalah tau bila anak2 dah besar mereka baca blog umi. umi nak korang tau. walaupun korang bukanlah di rancang tapi korang adalah permata yang tidak ternilai mahalnya di hati dan di mata umi. umi sayang korang tanpa syarat. anakku, korang adalah bukti ikatan cinta umi dan abah sangat kuat.

jadilah anak yang berjasa pada agamamu, bangsamu dan keturunanmu. jadilah anak yang mampu doakan ibu bapamu bila sudah tiada. jadilah anak yang taat dan anak yang sentiasa mendahulukan Allah. 

sekiranya umi atau abah marah, itu sebab kami sayang dan kami mau yang terbaik untuk anak2 

anak adalah sebaik-baik anugerah dan rezeki untuk umi dan abah. umi and abah love both of u so much. 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s