[Food Hunter] korean food

sejak channel 395 tvN tu astro bagi free view selama 2 bulan. aku terjebak dengan benda tu.. especially show makan2..diorang makan tu yang tak boleh tahan.. nampak sedap sangat..so aku pun cuba try test korean food.

Sebelum tu aku ada tanya mary (dia ada p korea) ini respon dia

oppsss.. komen dia tu buat aku 50% pula.. sebab before this aku pernah try kimchi.. totally out of my taste..

tapi aku nak juga makan bila tengok tvN. so aku pun cari taula pasal benda2 ni kan…aku tanya pula dalam 1group mommies tu lokasi keberadaan restoran2 korea di kota kinabalu ni (KK)

aku cek dalam popular search fb seoul garden the best.. tapi sampai di shopping mall IMAGO, tiada pula natang tu.. so aku belasah saja g sini.. sebab masa tu aku dan husband tiada lunch.. dah memang lapar.. sampai sana pun jam 8.50pm.. tak sempat I nak shopping.. huh…

Pilih menu pun boleh gaduh..lol… I tanya u nak ini? then husband I cakap suka hati u.. lol..bila dah order baru dia nak tengok menu.. aku pilih meal set for 2.

makanan aku pilih untuk soondubu chicken, dan bulgogi beef

atas tu Dubuyo rice, roasted barley tea, dan banchan tu ada kimchi, makaroni dan daging di perap dan sup.

then kitorang ada add on dumpling.. lupa dah apa nama dalam menu tu.. so far benda ni paling sedap.. tanpa teragak2 tekak aku nak makan.. memang sedap.. 

ni pun lupa apa nama hari tu..tapi lebih kurang macan cucur sayur or udang but this mereka masak dengan telur… ini pun sedap.. kitorang add on this sebab takut anak2 dapat makan meal set tadi tu.. takut pedas.. 

bulgogi beef..tapi orang tu salah masak.. termasak pula ayam.. masa tu aku dah baham 2 ketul.. sedar pun bila waitress cek order.. so ini bulgogi chicken.. aku tak berapa suka. sebab mereka masak dengan kulit ayam sekali. berlemak..tak sedap..

ini baru bulgogi beef… yang ni sedap.. terasa sangat honey dan garlic.. tiada lemak.. sedaplah.. telur dia pun sedap tau.. fyi, kitorang dapat 2 bulgogi.. 1ayam dan 1 lagi beef.. yang salah masak for free.. yeah.. kamsamidah..

yang ni pula soonbudu ayam.. 1 kali rasa macam tak sedap.. rasa lagi macam tak sedap..rasa lagi dan lagi.. baru terasa sedapnya.. kita bayangka macam mana orang korea makan.. sup masih panas terus masukkan dalam mulut.. wahhh… tapi aku tak buat gitu..panas gila..

rasa2nya sedap tak? bolehlah try kalau nak tau sedap ka idok makanan korea ni

bila lakiku terjebak dengan bini dia..hahahaha..layannnn..

ini dessert..gila sedap.. sampai habis aku kerjakan..laki ku pun suka..

Alhamdullilah…

apa mary cakap tu betul..hahahahahaha… for them(korean) sedap dan memang sedap kita nampak mereka makan.. tapi kalau kita.. tak ngam rasa kot.. semua ni laki aku bayar RM79.+.. so far murahlah… 

so korang kalau nak makan sini, boleh try meal set ini dan tambah 2 lauk.. so far kalau lebih tak habis kot..aku kuat makan pun ayam tu tak habis.. sebelum order hadam dulu menu tu..aku dah order baru nampak menu d belakang tu lagi sedap.. huh.. 

tapikan 1 aku perasan, makanan korea ni tak masin.. dan soonbudu tu tawar tapi pedas..

Rating for korean food dubuyo 7/10

korang bolehlah share experience kat sini

Lepas makan banyak2 ni eloklah sedar diri dan kasihani usus2 di dalam tu..

telan 4 biji herb lax untuk bersihkan usus.. esok pagi lebih lawas dan selesa.. bye perut buncit 😍

itu sahaja untuk hari ini.. semoga bermanafaat pada kalian.. 

saya ialah pengedar shaklee seluruh malaysia dan COD di kawasan Kudat dan Kota Kinabalu

bye… Assalamualaikum

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s