Nak Hadiah Dari Jepun

Eh.. Eh.. Eleh.. Semua barang jepun kau nak.. Yang ni lain sikit.. Yang best dari barang jepun yang kau pernah miliki..

.

.

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE? 

Kegunaan Sendiri:

Saya dapat beli dengan harga ahli yang lebih murah dari harga pasaran. Penjimatan sebanyak 20-25% tau. Siapa tak nak? 

Jika pembelian melebihi 150UV, layak dapat bonus tunai pada bulan seterusnya. Itu belian sendiri. Bayangkan kalau kita ada anak2 kat bawah? Dari bonus RM 30 boleh cecah RM 100,200,300 dan sehingga 6 angka pun ada tau. 

Bayar RM 65 untuk keahlian seumur hidup, tidak perlu kekalkan UV tertentu untuk kekal jadi ahli. Hebatkan?

Untuk Perniagaan: 

Dapat keuntungan runcit bagi setiap produk yang di jual. Contohnya harga pasaran barang A RM150, tapi harga kita beli dengan shaklee 128.30 sahaja. Untung RM21.70 ialah duit kita, nak simpan untuk tambah modal pun boleh, nak guna belanja dapur pun boleh. Duit kita😄

Ganjaran 3C(Car, Cash, dan Convention) dari Shaklee

CASH: Bonus setiap bulan, untuk jualan 150UV ke atas.

CAR: Insentif subsidi untuk pembelian kereta setiap bulan. Shaklee beri cash everymonth tau untuk bayar ccm kereta, maintaince kereta. 

CONVENTION: Peluang umrah/percutian, ditaja sepenuhnya. 

Kebaikan Menjadi Ahli Dibawah Susur Galur Saya:

  •   Kelas marketing free. Tak kira di kelompok kecil atau yang lebih besar.  Anda layak untuk masuk dalam kelompok tersebut bila sah menjadi keluarga saya. 
  •   Homeparty free. Sebagai ketua keluarga,  setiap tahun saya adakan homeparty untuk berjumpa dengan anak2.
  •   Kelas nutrisi free. Hanya anda perlu tentukan,  nak atau tidak. Sekarang kelas nutrisi dah tak perlu datang ke sesuatu venue.  U just pegang phone dan dengan apa pakar2 nutrisi sampaikan.  Lepas tu hadam. 😃
  •   Anda akan dibimbing bagaimana mendapatkan pendapatan sampingan. InShaAllah.  Anda membuat pilihan yang tepat untuk bersama -sama dengan keluarga eagle
  •  Konsultasi percuma dan berterusan tentang pengambilan supplement.
  •  Guidelines dan pendedahan berterusan tentang kesihatan dan supplement yang sesuai untuk memperbaiki kesihatan.
  •  Perkhidmatan konsultasi cara makan supplement yang betul. Shaklee. 
  •  Berpeluang untuk masuk Secret Group mentor yang juga anak murid kepada Dr. Azizan Osman, Jurulatih Kekayaan & Pemasaran No. 1 di Malaysia. 
  •  Berpeluang menyertai Kelas Blog secara PERCUMA. 
  • Jadilah sebahagian dari keluarga eagle 


……………………………………..

Bagaimana pembelian Shaklee secara online membantu bisnes saya berkembang.

Saya bersyukur kerana shaklee adalah MLM yang sangat menyenangkan saya.  Sebuah syarikat yang benar2 simple tapi padat. 

Saya pengedar di kawasan Kudat Sabah. Bukanlah mudah untuk saya ke branch(kota kinabalu) setiap hari untuk mengambil stok. Dan agak mustahil saya nak COD barang ke semananjung. 

Alhamdullilah.  Shaklee menyediakaan laman web untuk pengedar membeli barang secara online. So lepas ini kau kat penang, aku kat Kudat. Kau still boleh beli barang dengan aku.

Berita baik juga tau, bukan setakat pengedar saja. Anda yang tidak berdaftar juga boleh beli secara online. Tapi kalau nak lebih istimewa dan nak ada personal web yang shaklee sediakan untuk anda. Jom jadi ahli shaklee.

90% pembelian online sangat membantu saya

#anakkuwirakushaklee

#Ellymatin

Advertisements

Kali Pertama Jumpa

Kali pertama kenal dengan lakiku

tak berkenalan sangat pun, schoolmate aku sharon ajak dia ke rumah. 

depan rumah mamy aku 11.5.2007

dia ofkos pakai baju merah. aku kuning Mickey mouse kot.

dia mengurat aku. 😎😎 ambil aksesori hp aku. hello Kitty..aku perasaan masa study. lol.. masa tu akedemi fantasia stacy 😌😌

gayanya…. lol.. OCD, setiap hari baju warna putih.on Sunday saja dia pakai baju color lain. 

6 tahun berkawan dan akhirnya ada Ikatan sah.

I love u husband. Semoga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke jannah.

Botol Susu Baru

Sejak yayang consume MealShake. yes dia perlukan botol susu baru.. satu malam dari jam 9 sampailah jam 7 am dia boleh habis kan 3 botol susu 9oz… adui… itupun siap nangis lagi nak susu after 7am.. saya penat sebab buat susu dia saja semalam. tak kenyang ke apa budak ni.

so.. I decide nak tukar botol dia pada oz yg lebih besar.

antara pilihan saya dan yayang

masa baby yayang pernah guna TT ini. tapi di sebab kan susah nak bersihkan aku tak teruskan guna tommee tippee. susah nak bersihkan dengan bentuk badanya yang macam tu. tapi murah dan comel

Nuk

dah lama nak try tapi selalu tak jumpa yang lawo.. hari tu adeline ada belikan anak dia nuk hello Kitty, bila aku nak beli dah habis. batch mummy vincci pula pooh. sekarang baru ada batch flower 😍. I like. tapi 10oz je?

Chicco

baru kot, sebab tak pernah nampak pun sebelum ni.ka aku yang tak tengok brand ni. tak mampu 😁, so far design Chicco lawakan? size botol pun besar. 13oz. puas kau yayang.

Tak dapat nak upload gambar 😌😌

Senarai Semak Pindah Rumah

​Antara senarai semak pindah rumah yang aku jumpa dalam google. kami laki bini tak banyak sangat barang. sejak kawin pakai apa yang ada je dalam rumah. so nak juga trace apa barang yang dah ada dan belum ada.

Keperluan untuk bahagian ruang tamu

  • Tikar / Karpet✅ rumah mamy kuning, rumah kk pink
  • Extension plug✅ rumah kk dalam bilik kedua
  • Rak kasut 🚫 kiv
  • Langsir✅ 
  • Kerusi comel🚫kiv
  • Laptop/ tv✅
  • Ayat pelindung rumah✅


Keperluan untuk bahagian bilik.

    • Almari kain🚫kiv
    • Tilam / bantal / selimut✅kk
    • Rak baju✅
    • Langsir✅
    • Bakul kain kotor✅
    • Hanger✅
    • Kipas🚫kiv
    • Seterika🚫kiv
    • Ridsect🚫kiv
    • Cermin✍ nanti beli

    Keperluan untuk bahagian dapur.

    •  Dulang🚫kiv
    • Penapis (buat air kopi/teh)🚫kiv
    • Thermos✅
    • Bekas kopi/milo/gula✅ 
    • Langsir✅
    • Ampaian✍ nanti buat 
    • Heater✅
    • Multipurpose cooker🚫
    • Rak pinggan✅
    • bakul sampah✍
    • sabun pinggan/ span✅
    • Rice cooker✅
    • penyapu✍
    • Penyodok✍
    • seliper jepun🚫
    • Tong gas✍
    • Dapur✍
    • Peti sejuk ✍
    • Meja study yg bulat tu.(buat letak lauk)🚫
    • Tudung saji🚫
    • kain lap✅
    • tin biskut🚫
    • pisau / papan pmotong /sudu garfu /cawan / jug / mug✅
    • Periuk / kuali🚫
    • alas kaki✅

     Keperluan untuk bahagian tandas.

    • Mesin basuh✅
    • baldi✅
    • gayung✅
    • sabun/syampu.. etc✅
    • Alas kaki✅

    kredit to dapat cek list dari sini

    nampaknya ada beberapa barang kena cari lagi..ada yg tak perlu sangat so bileh cari kemudian hari

    My Mom My Dad

    Thanks so much with them. mereka tiada apa2 yang perlu dibanggakan. cukuplah anak dan cucunya ini hidup lebih tenang 😉

    bukan nak ego sangatlah, cuma kalau bab2 aku di cakap menghina. macam kurang sesuai kot. sebab aku tak dak pun hina sesiapa. aku cuma cakap benda yang betul je. tapi rasanya awak salah paham ni. tak pe.. biar je..

    karang dah ada family sendiri, dah ada anak baru kau tau apa itu kerisauan seorang ibu. masa tu baru kau tau betapa nak meroyannya kau bila anak kau terpukul orang atau anak kau dipukul orang atau orang teriak anak kau. chill.

    dulu aku tak rasa. dah ada anak baru aku rasa. so tunggu giliran masing2 ye.

    Rumah! Keperluan? Kehendak?

    Siapa dah ada rumah umur seawal 25 tahun? Alhamdullilah.. aku masih berusaha untuk mengumpull wang bagi rumah idaman aku. rumah bukanlah kehendak semata-mata terutamanya bagi yang dah ada family. berkongsi rumah adalah perkara yang perlu dielakkan oleh individu yang ada family. 

    tapi ada sesetengah orang lebih suka berkongsi rumah. itu bagus juga kalau sefahaman dan sependapat. aku? aku prefer tak kongsi, tapi demi suami aku turutkan. its ok je.. aku boleh je tinggal rumah mummy aku.. bila husband aku balik Kudat. aku baliklah rumah kami. bolehke? boleh je. aku lebih suka tinggal rumah mummy aku. anak2 dan aku selesa..

    planning nak sewa rumah lain. demi keselesaan anak2ku. InShaAllah.. ada rezeki jumpa rumah murah aku akan pindah.😉

    oklah.. nak g rumah mamy i. bila di sana rasa tenang je😍

    aku suka rumah ini. simple.. cayok2..

    semoga murah rezeki Elly

    10 Perkara Penting Perlu Dibawa Bila Keluar Bersama Si Kecil

    Nampak macam banyakkan? tapi ini sangat penting sebenarnya. 

    Air putih. perlu bawake? beli jelah. ok boleh kot beli je. tapi kot2 kau masuk hutan mana ada tempat nak beli. lainlah kalau masuk mall. tapi bagi aku. lebih baik bawak je dari rumah. tak perlu beli. jimat.!! air yang di tapis oleh penapis air shaklee 99% lebih baik dari drinking water ada di pasaran. so perlu bawak. lah.. bawak dalam 500ml g2.. tak berat pun. aku selalu bawak.

    Air panas perluke? gila tak perlu. macam mana nak buat susu? aku memang bawak benda ni. kalau aku tak bawak husband aku mesti ingatkan utk bawak. tapi untuk jimatkan space. aku selalu suamkan air dalam termos. so #1 tadi ku dah tak bawak. Itupun kalau aku setakat nak shopping weekend. kalau sale gil2 memang aku akan bawak. sebab masuk mall jam 11am aku boleh keluar jam 11pm 😂😂

    kau tak bawak ni. kau nak buat susu macam mana? aku bawak kontenar kecil je. yang ada 4 lobang. aku campurkan siap2 meal shake dalam tu. so memang jimat space. boleh bancuh 4 kali.

    Tisu basah. penting. anak kau nak makan pun perlu ni, nak duduk kerusi pun perlu tisu ni. so memang jangan bagi tinggal benda ni. aku selalu bawak yg kecil punya. brand fiffy 30 sheets. Memang letak je dalam beg jalan anak2. anak nak poops or pee pun senang. tapi kalau nak shopping sebaiknya pilihlah mall yang ada changing room utk anak. kalau Kota kinabalu sabah my fav place ia Suria Sabah. ada khas untuk breastfeed dan cuci anak. Imago aku tak explore sangat. aku pernah tak bawak benda ni masa booth(bukan tak bawak, anak pertama aku keluarkan tanpa aku sedar) . then anak aku poop masa tu tak boleh guna toilet mall.. sebab baru jam 8 am kot. so terpaksa husband cari 7E. that time poop adik dah tembus ke baju. baju yang aku bawak pula tu baju tidur. so seharianlah adik pakai baju tidur 😂

    PENTING…. wajib bawak.. aku ada 2 orang anak.. kalau nak shopping je aku bawak 3 pcs seorang. kalau balik kampung untuk sehari aku bawak 5 pcs seorang. Walaupun tak habis dan aku tau tak habis. tapi aku bawak je.JUST IN CASE. Sebab anak aku pernah tembus diaper dia masa melawat her aunt di hospital. tak lama tau kitorang jalan. anak kedua aku pulak pernah poop masa nak g post office. so aku kejap macam mana pun aku bawak.. my mok marah kalau dia tau tak bawak😠😠

    umur anak 0-5 tahun wajib bawak benda ni. kalau g mall aku selalu bawak baju tshirt dan seluar biasa. balik kampung aku bawak baju tidur. manalah tau tertidur di sana atau baju kotor. kalau boleh bawalah baju tidur dan tshirt. sebab anak pertama aku pernah muntah. masa tu travel dari kudat ke kk. syukur aku asingkan baju dia dalam beg 2 pasang.

    Tuala ni penting. untuk alas kalau nak tukar baju atau diaper. anak pertama aku kadang pandai sangat nak tuala bila menyusu. so penting. aku tau korang pun bawakkan?

    Aku minyak angin dan herbal blend sangat penting dalam beg aku. sebab kadang anak pandai rasa nak mabuk atau kembung perut. inilah masanya minyak angin berguna.

    ini kalau tak bawak macam mana nak buat susu. kalau balik kampung ku selalu bawak 4 botol. di mall aku bawak 2 botol tapi tengok kedaan. kalau kau shopping raya. kena bawak 4 botol.

    Elak anak meminta-minta minuman kita. bawakkan mereka botol air sendiri.

    ini yg aku rasa penting sangat.. tapi aku bawak 2 benda lagi untuk anak2.. bubur dan sudu sendiri 😂😂.. korang bayangkan macam mana besarnya beg aku tu. tapi so far tak menyusahkan. malah menyenangkan.

    kelmarin aku ke 1 tempat. tunggu giliran.. memang sesak dan ramai oranglah masa tu. ada seorang ibu dah naik stress dengan anak dia tak berhenti menangis. sebab lapar kot. baby lagi. muda dari anak aku. lama kelamaan tu aku dah tak tahan hati nak tanya.

    aku : anak laparkah tu?

    akak : aah.. lama suda kami tunggu giliran ini

    aku : tiada susunya? ndak susu badan?

    akak : ada tapi di kereta..kereta park di luar.

    aku : kamu ada botol susu? saya ada susu ni.

    akak : ada. terima kasih.. sorry menyusahkan. mo ambil susu di kereta tapi jauh. takut giliran sampai.

    aku : its ok kak. cuma susu anak saya steps 1-3. berapa bulan ini?

    akak : oo.. tida apa bah.. tadi pun minum milo suda dia.. baru 4 bulan

    .

    .

    .

    ya Allah.. masa tu terus aku berterima kasih kerana diberikan rezeki susu yang melimpah ruah.. kalau umur Ellysha ok sikit bagi susu kotak.. tapi kalau umur sebaya Ellyah.. macam nak nangis je dengar.. Syukur.. anakku susu badan. Ellysha susu botol tapi bila dia dah ada adik. itupun keperluan dia aku tak bagi tinggal. walaupun dia dah 2 tahun lebih.. susu dan pakaian aku memang tak ambil mudah.

    my mom dan husband aku yang akan bising bila aku terlupa keperluan anak2.. Alhamdullilah.. thank you mamy and abang..

    Laki Aku Suka Mengemas

    Aku ada laki yang ringan tulang. suka sangat mengemas dan nak semua tersusun. aku? aku bukan tak nak kemas. tapi aku busy dengan 2 kenit ni. aku kemas sini, sana dibongkarnya. tadi laki aku kemas bahagian dapur. hampir separuh lori dibuangnya barang. bila aku tanya kenapa buang, nanti sis dia gunaka apa. dia just jawap “rumah kita suka hati kita nak buat apa”lol.. okok.. back to the story.

    laki aku bab kemas rumah memang dia hebak. aku tak boleh fight u know. sampaikan my mom puji2. akukan bukan rajin sangat. cuma aku tak suka dapur bersepah. sampah buang sembarangan. pinggan mangkuk tak cuci. nasi basi. dan asal namanya dapur kotor aku tak suka.. TAK SUKA!!! aku geli. mom aku tak ajar pun lepas makan letak je pinggan kat singki. so ini big reason aku malas nak masuk dapur. aku tak minat benda yang tak sistematik. TERUTAMANYA SAMPAH!!

    semoga aku menjadi umi yang reti jaga anak. semoga aku menjadi roll model terbaik utk anak2 ku. taknaklah, anak ikut perangai mak lepas makan terus letak pinggan kat sink. siapa nak cuci? ada maid ke? tunggu tikus datang kot😏

    tolong jangan jangkit aku 😂😂😂